
|
Anneonghaseyo! ![]() Big Clap ![]()
| hidup adalah perjuanganmencari penyelesaian masalah hati yang tiba... dalam kesepian malam, aku cuba mencariNya..... dan ketika itu, jawapan yang kudamba aku ketemu... sebenarnya... bagaimana akhlak seorang pendakwah?? adakah seperti aku??? bagaimana sebenarnya akhlak seorang muslimah?? adakah seperti aku??? .. Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui seluruh yang aku sembunyi... sesungguhnya akhlak indah itu belum cukup dalam dadaku... masih diriku kotor dengan sikap yang sepatutnya tiada bagi seorang pendakwah dan muslimah... terkadang dalam usrah dan halaqah, aku mampu untuk menjentik hati mereka untuk merasa hebatnya Allah... tapi kadang-kadang aku juga leka dan lalai... dengan tutur kataku, aku mampu melembutkan roh mereka untuk mendekati dan menghampiriNya... tapi ya Allah....kadang-kadang aku tidak mampu mengenali diriku sendiri... bantu aku dalam setiap langkahku... Kau didik tutur kataku... Kau didik adabku... Kau didik akhlakku agar aku boleh menjadi orang menyebarkan agamamu dengan akhlak yang baik.. bantu aku ya Allah... kerana aku hanya hamba yang lemah dan tidak berdaya tanpa bantuanMU...
0 cutie(s)
|